Jul 24, 2011

Nota dari lynn-peraturan baru kelas

Week ni agak bz juga. Hari Jumaat macam biasa bake untuk kelas sebelumnya. Sepatutnya ada 5 orang dah bayar deposit untuk kelas Bistro cake 23/7. Agak berat nak ke kedai, memandangkan suami dan anak tak sihat. Nak cancel class suami kata takper, teruskan.Balik dari bake 15 kek rehat kejap, lepas tu nak beli strawberi kat giant. On the way ke sana, sorang-sorang call n sms kata ada hal tak dapat datang. Last-last tinggal sorang sahaja. Lynn terpaksa cancelkan class. Adakah patut saya pulangkan deposit sedangkan 15 biji kek tu antaranya 9 ialah kek butter . 9 biji kek butter menggunakan 9 ketul butter anchor berharga rm7.20, plus lagi masa berjam-jam dihabiskan di kedai.Sekadar luahan rasa....

Ini ayat yang selalu lynn remind bila deposit hendak dibayar. Cancelation last minute kena cari pengganti. Tak datang, tiada deposit akan dipulangkan. Anda patut faham bahawa saya dah bake kek.Dan peraturan TERBARU- untuk kelas-kelas yang saya sediakan kek, spt cake continental, bistro kek, festive kek.. cancellation yang dibuat sehari sebelumnya iaitu selepas pukul 11 pagi, deposit tidak akan dipulangkan.
Contohnya, untuk kelas hari sabtu,  anda cancel pada hari jumaat selepas 11 pagi, Sebab saya mula bake kek pada 11 pagi sehari sebelum kelas,

No comments:

Post a Comment