Nov 16, 2011

Syarat-syarat kelas

Mulai hari ni, student tidak dibenarkan ambil gambar semasa kelas berlansung.  Anda hanya boleh mengambil gambar apabila semua kek telah siap disusun atau hasil kerja sendiri dan gambar bersama rakan-rakan. Terlalu banyak student baik di mysugarclass ataupun di kedai lain suka hati mengambil gambar tanpa menghiraukan perasaan instructornya. Contoh terbaru, ada student di satu kedai di JB telah snap gambar resepi yang ditulis pada whiteboard dan post di facebook. Bukan satu resepi tetapi kesemua resepi pada kelas hari itu. Ada juga student yang mengambil gambar step by step apa yang dibelajar dan post di FB. Atas perbincangan antara intructor-instructor yang bersama-sama saya, mulai sekarang tidak dibenarkan mengambil gambar apabila kelas berlansung. Di luar negara contohnya di Planet cake, student diarahkan simpan camera atau keluar sekiranya mengambil gambar semasa kelas.Harap maklum

No comments:

Post a Comment